Monday, May 11, 2009

Masalah & Duit itu Idea

Sekarang anda mungkin tengah memikirkan tentang masalah anda dan cara yang anda untuk menyelesaikan masalah itu. Ada masalah rumah tangga, masalah di tempat kerja, masalah dengan perniagaan, masalah kesihatan atau masalah percintaan. Dan pada waktu ekonomi global tengah terumbang ambing sekarang, ramai yang sudah merasa impak dan sedang mencari penyelesaian untuk masalah kewangan mereka.

Jadi apakah masalah anda, dan bagaimana anda menyelesaikannya? Menurut encik genius, Albert Einstine "kegilaan adalah sesuatu yang kita lakukan berulang kali tetapi mengharapkan hasil yang baru/berbeza" - itulah difinisi gila yang sebenarnya. Jadi adakah anda melakukan perkara yang sama setiap hari dan pada masa yang sama mengharapkan perubahan? Itu secara logiknya memang mustahil!

Dalam menyelesaikan apa-apa jua masalah anda, soalan yang saya ingin tanya kepada anda adalah "dimanakah fokus anda?" kenapa saya tanya soalan begitu. ini kerana fokus anda adalah amat penting bagi memberi hasil yang anda inginkan. Pernahkan anda mengalami perkara dimana jika anda geram, benci, mencaci dengan perkara yang membuat anda berasa marah atau sedih, ada saja perkara buruk atau lebih buruk berlaku lagi dan menambahkan lagi perasaan marah atau benci anda kepada seseorang atau sesuatu situasi? Kenapa ini boleh berlaku?

Berbalik kepada soalan saya tadi, dimanakah fokus anda. Fokus anda menentukan segalanya. Sebagai contoh, jika anda sekarang mempunyai masalah kewangan dan sering memikirkan masalah hutang, mungkin anda sedang bingung memikirkannya dan sekaligus memberi perasaan yang bercelaru, bingung ataupun marah. Beberapa minggu lepas itu, adalah surat dari bank memberitahu tentang hutang anda yang belum dijelaskan. Mungkin anda pernah mengalami situasi begini? Jadi bagaimana kita boleh menukarkan keadaan ini?

Jika sebelum ini anda bingung dan sedih tentang kurang duit, apa yang perlu anda lakukan adalah jangan bersedih lagi. Dan jika sebelum ini anda sering kali menyuarakan kepada kawan-kawan atau pasangan anda tentang anda tidak cukup duit, atau tiada duit, hentikan lah percakapan sebegitu. Dan jika anda selalu bertanya "bagaimana aku nak settle hutang, bagimana aku nak keluar dari hutang" , itu adalah soalan yang membebankan anda lagi. Kenapa?

Lihatlah fokus anda, anda bersedih kerana tidak cukup wang, anda komplen dengan banyak orang cakap anda tidak ada wang, anda tanya bagaimana anda nak menyelesaikan HUTANG lebih dari bertanya bagaimana nak CARI WANG LEBIH. Segala yang anda lakukan atau perkatakan merupakan energi. Dan untuk mengubah keadaan dan juga masalah, kita memerlukan energi yang amat positif. Dan apabila energi positif keluar dari anda, InsyaAllah energi yang positif dari luaran pula akan tertarik kepada anda, begitu juga sebaliknya. Kerana kita semua dijadikan dari sumber energi dan energi sentiasa berinterasi antara satu sama yang lain.

Oleh itu, apa yang perlu anda lakukan adalah, mengalihkan fokus anda. Jika anda bersedih kerana tidak cukup wang? Apa yang perlu anda lakukan? Anda bergembiralah seperti anda si kaya yang gembira , jangan biarkan sedikit pun perasaan yang sedih ataupun marah kerana masalah wang anda, sampai bila anda ingin begitu? hidup ini adalah untuk anda bergembira bukan untuk bersedih, saya pasti jika anda tetap bersedih, 10 tahun lagi anda tetap pun akan bersedih. Jika ada peluang untuk anda ketawa, ketawa lah sekuat hati anda, kerana ini akan memberi energi yang positif kepada anda, dan jika anda selalu melakukan sebegini ianya boleh memberi impak yang amat positif untuk jangka masa yang panjang. Bergembira pun boleh, tetapi asalkan jangan bersedih, ingatlah peluang dan cara untuk anda mendapatkan wang untuk diri anda tetap banyak sekali, anda cuma perlu mencarinya sahaja.

Jika anda selalu komplen dan menyuarakan masalah anda, tukarkan semua itu. Bercakaplah dengan orang-orang yang positif dan bercakaplah tentang peluang untuk menambah pendapatan anda, buangkan topik "aku tiada duit" , "aku tak cukup duit" , "belum ada duit" dari perbualan anda, sebaliknya berbicanglah perkara yang positif untuk menambah pendapatan anda.

Akhir sekali jika anda sering bertanya, "bagaimana aku nak selesaikan hutang aku nie, aduh..." tukarkan lah menjadi lebih positif. "Bagaimana aku nak dapat duit bulan nie?" "bagaimana aku nak buat RM5000 jual produk nie" . ini kerana selagi perkataan HUTANG ada dalam minda dan pertanyaan anda, selagi itu hutang akan terus tetap bertambah dan akan sentiasa bermasalah dengannya.

Jadi, fikirkanlah. Dimana fokus anda? Jangan benci apa yang anda anda, dan bergembiralah dan juga sentiasa mengira apa perkara yang boleh anda bersyukur akan mengembirakan anda. Jika hari ini anda bersedih, cuba ingat 10 - 20 perkara yang anda ada sekarang dan anda bersyukur dengan nya. Ingatlah, masalah dan duit cuma idea anda saja, anda boleh memikirkan idea yang lebih baik dari itu. :)

No comments:

Post a Comment