Friday, May 8, 2009

Anda boleh capai segala yang anda impikan

"You can have everything you want, when you take the right actions in the right order." - John Assaraf

Kita boleh memiliki segala yang kita impikan sekiranya kita mengambil tindakan dan langkah yang betul.

MOTIVATION
Apakah sebenarnya makusd disebalik perkataan motivation (motivasi) ?
Huraian sebenar motivation (motivasi) adalah Motive to Action atau (Motif kepada Aksi)

Apa yang dimaksudkan disini adalah, segala yang kita ingin lakukan kita perlu ada motif. Iaitu tanya kepada diri kita 'Kenapa kita melakukan apa yang kita ingin lakukan', seperti melakukan sesuatu perniagaan atau melakukan sesuatu kerja contonya.

Ini kerana dengan adanya sebab yang kuat atau motif yang kuat, cara untuk kita melakukan perkara yang kita ingin lakukan itu akan menjadi lebih mudah kerana disertakan dengan niat hati yang membara untuk melakukannya dan memiliki apa saja impian.

Contohnya, saya akan buat apakah sebab kuat saya dalam membina perniagaan impian saya:

Saya ingin membina perniagaan impian saya supaya saya dapat membina hidup seperti yang saya idamkan. seperti memiliki rumah villa yang cantik berhadapan dengan laut pantai, memiliki kereta impian saya dan saya dapat membeli segala yang saya impikan, kerana saya sudah mencapai kebebasan kewangan dari perniagaan saya.


Saya ingin mempunyai perniagaan internet impian saya kerana dengannya saya mempunyai punca pendapatan yang berterusan secara automatik yang menjana ratusan US dollar setiap hari, dan apabila saya bangun pagi akaun Clickbank saya sentiasa bertambah sewaktu saya login kedalam akaun saya. Dan setiap bulan saya akan menerima cek dari Clickbank US dimana saya akan deposti cek tersebut di dalam akaun Maybank saya. Seterusnya sebahagian dari pendapatan tersebut akan saya laburkan semula kedalam perniagaan internet saya untuk menjadikannya lebih besar dan automatik.

No comments:

Post a Comment