Thursday, April 30, 2009

Hari baru, bulan baru, semangat baru!

Hari ini 1 hb mei 2009, hari jumaat. bermulanya proses untuk aku mengatur langkah dan strategi apabila aku di perantauan kelak :D , Selain membuat susunan terperinici spt mengatur bujet, simpanan, alur perjalanan, tempat tinggal aku nanti dsb, aku ada sesuatu yang menarik yang bakal aku buat pada hari ni...iaitu aku akan potong rambut aku sehingga botak. aku lakukan ini menandakan sesuatu yang baru telah dan terus aku lakukan selepas ini dan bagi memberi simbol bahawa semuanya baru dan fresh untuk misi aku kali ini. Ok lah, lepas nie aku akan post gambar kepala botak aku disini ok!

Wednesday, April 29, 2009

Buat permulaan

Blog ini mengisahkan tentang perjalanan pengembaraan ku menjelajah seluruh negeri di semenanjung Malaysia, selain mengembara melihat keindahan ciptaan Nya aku juga akan berkongsi segala yang telah aku pelajari dan lalui untuk tantapan bersama. Semonga blog ini menjadi inspirasi kepada sesiapa yang ingin mencari erti kehidupan sebenar bermula dari dalam diri dan seterusnya mengengam apa yang dicari-cari selama ini dalam alam realiti.