Monday, May 4, 2009

i suka internet

pada hari sabtu yang lepas, aku dan girlfriend ku pergi kat first ICT mall di Kuching, ONE TJ. (ala-ala sungai wang kat bukit bintang tu ler) pergi kat situ, nak beli broadband celcom. hidup aku nie, kalau tak de internet memang tak boleh hidup, sebelum makan minum atau tidur, internet adalah keutamaan bagi aku. lagipun , kerja aku memang 80% bergantung kepada talian internet kerana jika tiada internet tiada lah sumber pendapatan aku. hehehe

jadi dah sampai kat mall tu, terus jumpa kedai yang ada buat promosi jual celcom broadband nie dengan harga RM178 untuk setup fee dan aku ambil pakej RM119 sebulan untuk kontrak selama 18 bulan. yang best nya, pakej nie dia org kasi aku free akses internet selama 2 bulan , so dah save dalam RM238...ok lah tu, jadi aku pun beli broadband tu. tapi hari nie atau esok baru dpt online sebab application aku baru dihantar di KL, tunggu nak di activate je lagi.


sekarang dpt lah aku buat kerja ku dimana-mana saja asalkan ada line celcom. humm best2!

No comments:

Post a Comment